AHLUSSUNNAH
WAL JAMA’AH: GOLONGAN YANG SELAMAT (al Firqah an-Najiyah)
Bersabda
Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, maknanya:“dan sesungguhnya ummat ini akan
terpecah menjadi 73 golongan, 72 di antaranya di neraka dan hanya satu yang di
surga yaitu al-Jama’ah”. (H.R. Abu Dawud)
Akal
adalah syahid (saksi dan bukti) akan kebenaran syara’. Inilah sebenarnya yang
dilakukan oleh ulama tauhid atau ulama al-kalam (teologi). Yang mereka lakukan
adalah taufiq (pemaduan) antara kebenaran syara’ dengan kebenaran akal,
mengikuti jejak nabi Ibrahim -seperti dikisahkan al-Quran- ketika membantah
raja Namrud dan kaumnya, di mana beliau menundukkan mereka dengan dalil akal.
Fungsi akal dalam agama adalah sebagai saksi bagi kebenaran syara’ bukan
sebagai peletak dasar bagi agama itu sendiri. Berbeza dengan golongan falsafah
yang berbicara tentang Allah, malaikat dan banyak hal lainnya yang hanya
berdasarkan penilaian akal semata-mata. Mereka menjadikan akal sebagai dasar
agama tanpa memandang ajaran yang dibawa para nabi dan rasul.
Tuduhan
kaum Musyabbihah dan Mujassimah iaitu kaum yang sama sekali tidak memfungsikan
akal dalam agama, terhadap Ahlussunnah Wal Jamaah sebagai ’Aqlaniyyun (kaum
yang hanya mengutamakan akal) atau sebagai kaum Mu’tazilah atau Afrakh al-Mu’tazilah
(anak bibitan kaum Mu’tazilah) dengan alasan kerana menggunakan akal sebagai
salah satu sumber utama, adalah tuduhan yang amat salah. Ini tidak ubah seperti
kata pepatah arab “Qabihul Kalam Silahulliam” (kata-kata yang jelek adalah
senjata para pengecut). Secara ringkas tetapi namun padat, kita ketengahkan
pembahasan tentang Ahlussunnah sebagai al-Firqah an-Najiyah (golongan yang
selamat), asal-usulnya, dasar-dasar ajaran dan sistemnya.
PENGENALAN
DAN KRONOLOGI SEJARAH
Sejarah
mencatat bahawa di kalangan umat Islam bermula dari abad-abad permulaan (mulai
dari masa khalifah sayyidina Ali ibn Abi Thalib) sehinggalah sekarang terdapat
banyak firqah (golongan) dalam masalah aqidah yang saling bertentangan di
antara satu sama lain. Ini fakta yang tidak dapat dibantah. Bahkan dengan tegas
dan jelas Rasulullah telah menjelaskan bahawa umatnya akan berpecah menjadi 73
golongan. Semua ini sudah tentunya dengan kehendak Allah dengan berbagai hikmah
tersendiri, walaupun tidak kita ketahui secara pasti. Hanya Allah yang Maha
Mengetahui segala sesuatu. Namun Rasulullah juga telah menjelaskan jalan
selamat yang harus kita ikuti dan panuti agar tidak terjerumus dalam kesesatan.
Iaitu dengan mengikuti apa yang diyakini oleh al-Jama’ah; majoriti umat Islam.
Karena Allah telah menjanjikan kepada Rasul-Nya, Nabi Muhammad, bahawa
umatnya tidak akan tersesat selama mana mereka berpegang teguh kepada apa yang
disepakati oleh kebanyakan mereka. Allah tidak akan menyatukan mereka dalam
kesesatan. Kesesatan akan menimpa mereka yang menyimpang dan memisahkan diri
dari keyakinan majoriti.
Majoriti
umat Muhammad dari dulu sampai sekarang adalah Ahlussunnah Wal Jama’ah. Mereka
adalah para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dalam Ushul
al-I’tiqad (dasar-dasar aqidah); iaitu Ushul al-Iman al-Sittah (dasar-dasar
iman yang enam) yang disabdakan Rasulullah dalam hadith Jibril uang bermaksud :
“Iman adalah engkau mempercayai Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab- kitab-Nya,
rasul-rasul-Nya, hari akhir serta Qadar (ketentuan Allah); yang baik maupun
buruk”. (H.R. al Bukhari dan Muslim)
Perihal
al-Jama’ah dan pengertiannya sebagai majoriti umat Muhammad yang tidak lain
adalah Ahlussunnah Wal Jama’ah tersebut dijelaskan oleh Rasulullah dalam
sabdanya yang bermaksud: “Aku berwasiat kepada kalian untuk mengikuti
sahabat-sahabatku, kemudian mengikuti orang-orang yang datang setelah mereka,
kemudian mengikuti yang datang setelah mereka“. Dan termasuk rangkaian hadith
ini: “Tetaplah bersama al-Jama’ah dan jauhi perpecahan karena syaitan akan
menyertai orang yang sendiri. Dia (syaitan) dari dua orang akan lebih jauh,
maka barang siapa menginginkan tempat lapang di syurga hendaklah ia berpegang
teguh pada (keyakinan) al-Jama’ah”. (H.R. at-Tirmidzi; berkata hadith ini Hasan
Shahih juga hadith ini dishahihkan oleh al-Hakim).
Al-Jama’ah
dalam hadith ini tidak boleh diertikan dengan orang yang selalu melaksanakan
solat dengan berjama’ah, jama’ah masjid tertentu. Konteks pembicaraan hadith
ini jelas mengisyaratkan bahwa yang dimaksud al-Jama’ah adalah majoriti umat
Muhammad dari sisi jumlah(‘adad). Penafsiran ini diperkuatkan juga oleh hadith
yang dinyatakan di awal pembahasan. Iaitu hadith riwayat Abu Daud yang
merupakan hadith Shahih Masyhur, diriwayatkan oleh lebih dari 10 orang sahabat.
Hadith ini memberi kesaksian akan kebenaran majoriti umat Muhammad bukan
kesesatan firqah-firqah yang menyimpang. Jumlah pengikut firqah-firqah yang
menyimpang ini, jika dibandingkan dengan pengikut Ahlussunnah Wal Jama’ah
sangatlah sedikit. Seterusnya di kalangan Ahlussunnah Wal Jama’ah
terdapat istilah yang popular iaitu “ulama salaf”. Mereka adalah orang-orang
yang terbaik dari kalangan Ahlusssunnah Wal Jama’ah yang hidup pada 3 abad
pertama hijriyah sebagaimana sabda nabi yang maknanya: “Sebaik-baik abad adalah
abadku kemudian abad setelah mereka kemudian abad setelah mereka”. (H.R.
Tirmidzi)
Pada
masa ulama salaf ini, di sekitar tahun 260 H, mula tercetus bid’ah Mu’tazilah,
Khawarij, Musyabbihah dan lain-lainnya dari kelompok-kelompok yang membuat
fahaman atau mazhab baru. Kemudian muncullah dua imam muktabar pembela Aqidah
Ahlussunnah iaitu Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari (W. 324 H) dan Imam Abu Manshur
al-Maturidi (W. 333 H) –semoga Allah meridhai keduanya–menjelaskan aqidah
Ahlussunnah Wal Jama’ah yang diyakini para sahabat Nabi Muhammad dan
orang-orang yang mengikuti mereka, dengan mengemukakan dalil-dalil naqli
(nas-nas al-Quran dan Hadith) dan dalil-dalil aqli (argumentasi rasional)
disertaikan dengan bantahan-bantahan terhadap syubhat-syubhat (sesuatu yang dilontarkan
untuk mengaburkan hal yang sebenarnya) golongan Mu’tazilah, Musyabbihah,
Khawarij dan ahli bid’ah lainnya.
Disebabkan
inilah Ahlussunnah dinisbahkan kepada keduanya. Mereka; Ahlussunnah Wal Jamaah
akhirnya dikenali dengan nama al-Asy’ariyyun (para pengikut Imam Abu al-Hasan
Asy’ari) dan al-Maturidiyyun (para pengikut Imam Abu Manshur al-Maturidi). Hal
ini menunjukkan bahawa mereka adalah satu golongan iaitu al-Jama’ah. Kerana
sebenarnya jalan yang ditempuhi oleh al-Asy’ari dan al-Maturidi dalam pokok
aqidah adalah sama dan satu. Adapun perbezaan yang terjadi di antara keduanya
hanyalah pada sebahagian masalah-masalah furu’ (cabang) aqidah. Hal tersebut
tidak menjadikan keduanya saling berhujah dan berdebat atau saling menyesatkan,
serta tidak menjadikan keduanya terlepas dari ikatan golongan yang selamat
(al-Firqah al-Najiyah). Perbezaan antara al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah ini
adalah seperti perselisihan yang terjadi di antara para sahabat nabi, tentang
adakah Rasulullah melihat Allah pada saat Mi’raj? Sebahagian sahabat,
seperti ‘Aisyah dan Ibn Mas’ud mengatakan bahawa Rasulullah tidak melihat
Tuhannya ketika Mi’raj. Sedangkan Abdullah ibn ‘Abbas mengatakan bahawa
Rasulullah melihat Allah dengan hatinya. Allah memberi kemampuan melihat kepada
hati Nabi Muhammad atau membuka hijab sehingga dapat melihat Allah. Namun
demikian al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah ini tetap bersama atau bersefahaman
dan sehaluan dalam dasar-dasar aqidah. Al-Hafiz Murtadha az-Zabidi (W. 1205 H)
mengatakan:“Jika dikatakan Ahlussunnah wal Jama’ah, maka yang dimaksud adalah
al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah “. (Al-Ithaf Syarah li Ihya Ulumuddin, juz 2
hlm 6)
Maka
aqidah yang sebenar dan diyakini oleh para ulama salaf yang soleh adalah aqidah
yang diyakini oleh al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah. Kerana sebenarnya
keduanya hanyalah merumuskan serta membuat ringkasan yang mudah (method) dan
menjelaskan aqidah yang diyakini oleh para nabi dan rasul serta para sahabat.
Aqidah Ahlusssunnah adalah aqidah yang diyakini oleh ratusan juta umat Islam,
mereka adalah para pengikut madzhab Syafi’i, Maliki, Hanafi, serta orang-orang
yang utama dari madzhab Hanbali (Fudhala’ al-Hanabilah).
Aqidah
ini diajarkan di pondok-pondok Ahlussunnah di negara kita
Malaysia,Indonesia,Thailand dan lain-lainnya.Dan Alhamdulillah, aqidah ini juga
diyakini oleh ratusan juta kaum muslimin di seluruh dunia seperti Brunei,
India, Pakistan, Mesir (terutama al-Azhar), negara-negara Syam (Syria, Jordan,
Lubnan dan Palestin), Maghribi,Yaman, Iraq, Turki, Chechnya, Afghanistan dan
banyak lagi di negara-negara lainnya.
Maka
wajib bagi kita untuk sentiasa memberi penuh perhatian dan serius dalam
mendalami aqidah al- Firqah al-Najiyah yang merupakan aqidah golongan majoriti.
Kerana ilmu aqidah adalah ilmu yang paling mulia, sebab ia menjelaskan pokok
atau dasar agama. Abu Hanifah menamakan ilmu ini dengan al-Fiqh al-Akbar.
Kerana mempelajari ilmu ini wajib diutamakan dari mempelajari ilmu-ilmu
lainnya. Setelah selesai atau khatam mempelajari ilmu ini barulah disusuli
dengan ilmu-ilmu Islam yang lain. Inilah method yang diikuti para sahabat nabi
dan ulama rabbaniyyun dari kalangan salaf maupun khalaf dalam mempelajari agama
ini. Tradisi ini telah bermula dari zaman Rasulullah, sebagaimana yang
dikatakan oleh Ibn Umar dan Jundub, maknanya: “Kami ketika remaja saat
mendekati baligh- bersama Rasulullah mempelajari iman (tauhid) dan belum
mepelajari al-Qur’an. Kemudian kami mempelajari al-Qur’an maka bertambahlah
keimanan kami”. (H.R. Ibnu Majah dan dishahihkan oleh al-Hafidz al-Bushiri).
Ilmu
aqidah juga disebut dengan ilmu kalam. Hal ini kerana ramainya golongan yang
menyalahgunakan nama Islam namun menentang aqidah Islam yang sebenar dan
banyaknya kalam (argumentasi) dari setiap golongan untukmembela aqidah mereka yang
sesat. Tidak semua ilmu kalam itu tercela, sebagaimana dikatakan oleh golongan
Musyabbihah (kelompok yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya). Akan tetapi
ilmu kalam terbahagi menjadi dua bahagian ; ilmu kalam yang terpuji dan
ilmukalam yang tercela. Ilmu kalam yang kedua inilah yang menyalahi aqidah
Islam kerana dikarang dan dipelopori oleh golongan-golongan yang sesat seperti
Mu’tazilah, Musyabbihah (golongan yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya,
sepeti kaum Wahabiyyah) dan ahli bid’ah lainnya. Adapun ilmu kalam yang terpuji
ialah ilmu kalam yang dipelajari oleh Ahlussunah untuk membantah golongan yang
sesat. Dikatakan terpuji kerana pada hakikatnya ilmu kalam Ahlussunnah adalah
taqrir dan penyajian prinsip-prinsip aqidah dalam formatnya yang sistematik dan
argumentatif; dilengkapi dengan dalil-dalil naqli dan aqli. Dasar-dasar ilmu
kalam ini telah wujud di kalangan para sahabat. Di antaranya, Imam Ali ibn Abi
Thalib dengan argumentasinya yang kukuh dapat mengalahkan golongan Khawarij,
Mu’tazilah dan juga dapat membantah empat puluh orang yahudi yang meyakini
bahwa Allah adalah jisim (benda). Demikian pula Abdullah ibn Abbas, Al-Hasan
ibn Ali ibn Abi Thalib dan Abdullah ibn Umar juga membantah kaum Mu’tazilah.
Sementara dari kalangan tabi’in; Imam al-Hasan al-Bashri, Imam al-Hasan ibn
Muhamad ibn al-Hanafiyyah; cucu Saidina Ali ibn Abi Thalib dan khalifah Umar
ibn Abdul Aziz juga pernah membantah kaum Mu’tazilah. Kemudian juga para imam
dari empat mazhab; Imam Syafi’i, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, dan Imam Ahmad
juga menekuni dan menguasai ilmu kalam ini. Sebagaimana dinukilkan oleh al-Imam
Abu Manshur al-Baghdadi (W 429 H) dalam kitab Ushul ad-Din, al-Hafizh Abu
al-Qasim ibn ‘Asakir (W 571 H) dalam kitab Tabyin Kadzib al Muftari, al-Imam
az-Zarkasyi (W 794 H) dalam kitab Tasynif al-Masami’ dan al ‘Allamah al
Bayyadli (W 1098 H) dalam kitab Isyarat al-Maram dan lain-lain. Allah berfirman
yang bermaksud: “Maka ketahuilah bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (yang
berhak disembah) kecuali Allah dan mohonlah ampun atas dosamu”. (Muhammad :19)
Ayat ini sangat jelas mengisyaratkan keutamaan ilmu ushul atau tauhid. Yaitu
dengan menyebut kalimah tauhid (la ilaha illallah) lebih dahulu dari pada
perintah untuk beristighfar yang merupakan furu’ (cabang) agama. Ketika
Rasulullah ditanya tentang sebaik-baiknya perbuatan, beliau Menjawab,maknanya:
“Iman kepada Allah dan rasul-Nya”. (H.R. Bukhari) Bahkan dalam sebuah hadits
Rasulullah mengkhususkan dirinya sebagai orang yang paling mengerti dan faham
ilmu tauhid, beliau bersabda,maknanya: “Akulah yang paling mengerti di antara
kalian tentang Allah dan paling takut kepada-Nya”. (H.R. Bukhari)
Kerana
itu, sangat banyak ulama yang menulis kitab-kitab khusus mengenai penjelasan
aqidah Ahlussunnah Wal Jama’ah ini. Seperti Risalah al-’Aqidah ath-Thahawiyyah
karya al-Imam as-Salafi Abu Ja’far ath-Thahawi (W 321 H), kitab al‘Aqidah
an-Nasafiyyah karangan al Imam ‘Umar an-Nasafi (W 537 H), al-‘Aqidah
al-Mursyidah karangan al-Imam Fakhr ad-Din ibn ‘Asakir (W 630 H), al ‘Aqidah
ash-Shalahiyyah yang ditulis oleh al-Imam Muhammad ibn Hibatillah al-Makki (W
599H); beliau menamakannya Hadaiq al-Fushul wa Jawahir al Uqul, kemudian
menghadiahkan karyanya ini kepada sultan Shalahuddin al-Ayyubi (W 589 H).
Tentang
risalah aqidah yang terakhir disebutkan, sultan Shalahuddin sangat tertarik
dengannya hingga beliau memerintahkan untuk diajarkan sampai kepada anak-anak
kecil di madrasah-madrasah, yang akhirnya risalah aqidah tersebut dikenal
dengan nama al ‘Aqidah ash-Shalahiyyah. Sultan Shalahuddin adalah seorang ‘alim
yang bermadzhab Syafi’i, mempunyai perhatian khusus dalam menyebarkan al
‘Aqidah as-Sunniyyah. Beliau memerintahkan para muadzdzin untuk mengumandangkan
al ‘Aqidah as-Sunniyyah di waktu tasbih (sebelum adzan shubuh) pada setiap
malam di Mesir, seluruh negara Syam (Syiria, Yordania, Palestina dan Lebanon),
Mekkah, Madinah, dan Yaman sebagaimana dikemukakan oleh al Hafizh as-Suyuthi (W
911 H) dalam al Wasa-il ila Musamarah al Awa-il dan lainnya. Sebagaimana banyak
terdapat buku-buku yang telah dikarang dalam menjelaskan al ‘Aqidah
as-Sunniyyah dan senantiasa penulisan itu terus berlangsung. Kita memohon
kepada Allah semoga kita meninggal dunia dengan membawa aqidah Ahlissunah Wal
Jamaah yang merupakan aqidah para nabi dan rasul Allah. Amin.
PANDANGAN
JUMHUR ULAMA TENTANG AQIDAH ASY’ARIYYAH; AQIDAH AHLUSSUNNAH WAL JAMA’AH
As-Subki
dalam Thabaqatnya berkata: “Ketahuilah bahwa Abu al-Hasan al-Asy’ari tidak
membawa ajaran baru atau madzhab baru, beliau hanya menegaskan kembali madzhab
salaf, menghidupkan ajaran-ajaran sahabat Rasulullah. Penisbatan nama kepadanya
kerana beliau konsisten dalam berpegang teguh ajaran salaf, hujjah
(argumentasi) yang beliau gunakan sebagai landasan kebenaran aqidahnya juga
tidak keluar dari apa yang menjadi hujjah para pendahulunya, kerananya para
pengikutnya kemudian disebut Asy’ariyyah. Abu al-Hasan al-Asy’ari bukanlah
ulama yang pertama kali berbicara tentang Ahlussunnah wal Jama’ah, ulama-ulama
sebelumya juga banyak berbicara tentang Ahlussunnah wal Jama’ah. Beliau hanya
lebih memperkuat ajaran salaf itu dengan argumen-argumen yang kuat. Bukankah
penduduk kota Madinah banyak dinisbatkan kepada Imam Malik, dan pengikutnya
disebut al Maliki. Ini bukan berarti Imam Malik membawa ajaran baru yang sama
sekali tidak ada pada para ulama sebelumnya, melainkan karena Imam Malik
menjelaskan ajaran-ajaran lama dengan penjelasan yang lebih terang, jelas dan
sistematis demikian juga yang dilakukan oleh Abu al-Hasan al-Asy’ari”.
Habib
Abdullah ibn Alawi al-Haddad menegaskan bahwa “kelompok yang benar adalah
kelompok Asy’ariyah yang dinisbatkan kepada Imam Asy’ari. Aqidahnya juga aqidah
para sahabat dan tabi’in, aqidah ahlul haqq dalam setiap masa dan tempat,
aqidahnya juga menjadi aqidah kaum sufi sejati. Hal ini sebagaimana diceritakan
oleh Imam Abul Qasim al-Qusyayri. Dan Alhamdulillah aqidahnya juga menjadi
aqidah kami dan saudara-saudara kami dari kalangan habaib yang dikenal dengan
keluarga Abu Alawi, juga aqidah para pendahulu kita. Kemudian beliau
melantunkan satu bait sya’ir:
وكن أشعريا في اعتقادك
إنه هو المنهل الصافي عن
الزيغ والكفر “Jadilah pengikut al Asy’ari dalam aqidahmu, karena ajarannya
adalah sumber yangbersih dari kesesatan dan kekufuran”.
Ibnu
‘Abidin al Hanafi mengatakan dalam Hasyiyah Radd al Muhtar ‘ala ad-Durr al
Mukhtar : “Ahlussunnah Wal Jama’ah adalah al Asya’irah dan al Maturidiyyah”.
Dalam kitab ‘Uqud al Almas al Habib Abdullah Alaydrus al Akbar mengatakan :
“Aqidahku adalah aqidah Asy’ariyyah Hasyimiyyah Syar’iyyah sebagaimana Aqidah
para ulama madzhab syafi’i dan Kaum Ahlussunnah Shufiyyah”. Bahkan jauh sebelum
mereka ini Al-Imam al ‘Izz ibn Abd as-Salam mengemukakan bahawa aqidah al
Asy’ariyyah disepakati oleh kalangan pengikut madzhab Syafi’i, madzhab Maliki,
madzhab Hanafi dan orang-orang utama dari madzhab Hanbali (Fudlala
al-Hanabilah). Apa yang dikemukakan oleh al ‘Izz ibn Abd as-Salam ini disetujui
oleh para ulama di masanya, seperti Abu ‘Amr Ibn al Hajib (pimpinan ulama
Madzhab Maliki di masanya), Jamaluddin al Hushayri pimpinan ulama Madzhab
Hanafi di masanya, juga disetujui oleh al Imam at-Taqiyy as-Subki sebagaimana
dinukil oleh putranya Tajuddin as-Subki.
GARIS
PANDUAN AQIDAH ASY’ARIYYAH
Secara
garis besar aqidah asy’ari yang juga merupakan aqidah ahlussunnah wal jama’ah
adalah meyakini bahwa Allah ta’ala maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya,
Allah bukanlah benda yang boleh digambarkan, dan juga bukan benda yang
berbentuk dan berukuran. Allah tidak serupa dengan sesuatupun dari makhluk-Nya
(laysa kamitslihi syai’). Allah ada dan tidak ada permulaan atau penghabisan
bagi kewujudan-Nya, Allah maha kuasa dan tidak ada yang melemahkan-Nya, serta
Allah tidak diliputi arah. Allah ada sebelum menciptakan tempat tanpa tempat,
Allah wujud setelah menciptakan tempat dan tanpa bertempat. tidak boleh
ditanyakan tentangnya bila, dimana dan bagaimana ada-Nya. Allah ada tanpa
terikat oleh masa dan tempat. Maha suci Allah dari bentuk (batasan), batas
akhir, sisi-sisi, anggota badan yang besar dan anggota badan yang kecil. Allah
tidak diliputi satu arah atau enam arah penjuru. Allah tidak seperti
makhluk-Nya. Allah maha suci dari duduk, bersentuhan, bersemayam, menyatu
dengan makhluk-Nya, berpindah-pindah dan sifat-sifat makhluk lainnya. Allah
tidak terjangkau oleh fikiran dan tidak terbayang dalam ingatan, kerana apapun
yang terbayang dalam benakmu maka Allah tidak seperti itu. Allah maha hidup,
maha mengetahui, maha kuasa, maha mendengar dan maha melihat. Allah berbicara
dengan kalam-Nya yang azali sebagaimana sifat-sifat-Nya yang lain juga azali, kerana
Allah berbeza dengan semua makhluk-Nya dalam dzat, sifat dan perbuatan-Nya.
Barang siapa menyifati Allah dengan sifat makhluknya sungguh dia telah kafir.
Allah yang telah menciptakan makhluk dan perbuatan-perbuatan-Nya, Alah juga
yang menentukan rezeki dan ajal mereka. Tidak ada yang boleh menolak
ketentuan-Nya dan tidak ada yang boleh menghalangi pemberian-Nya. Allah berbuat
dalam kerajaan-Nya ini apa yang Allah kehendaki. Allah tidak ditanya perihal
perbuatan-Nya melainkan hamba-Nyalah yang akan diminta dipertanggungjawakan
atas segala perbuatan-Nya. Apa yang Allah kehendaki pasti terlaksana dan yang
tidak Allah kehendaki tidak akan terjadi. Allah bersifat dengan kesempurnaan
yang pantas bagi-Nya dan Allah maha suci dari segala bentuk kekurangan. Nabi
Muhammad adalah penutup para nabi dan penghulu para rasul. Nabi Muhammad
diutuskan oleh Allah ke muka bumi ini untuk semua penduduk bumi, jin maupun
manusia. Nabi Muhammad jujur dalam setiap apa yang disampaikannya.
No comments :