AHLUSSUNNAH
WAL JAMA’AH: GOLONGAN YANG SELAMAT (al Firqah an-Najiyah)
Bersabda
Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, maknanya:“dan sesungguhnya ummat ini akan
terpecah menjadi 73 golongan, 72 di antaranya di neraka dan hanya satu yang di
surga yaitu al-Jama’ah”. (H.R. Abu Dawud)
Akal
adalah syahid (saksi dan bukti) akan kebenaran syara’. Inilah sebenarnya yang
dilakukan oleh ulama tauhid atau ulama al-kalam (teologi). Yang mereka lakukan
adalah taufiq (pemaduan) antara kebenaran syara’ dengan kebenaran akal,
mengikuti jejak nabi Ibrahim -seperti dikisahkan al-Quran- ketika membantah
raja Namrud dan kaumnya, di mana beliau menundukkan mereka dengan dalil akal.
Fungsi akal dalam agama adalah sebagai saksi bagi kebenaran syara’ bukan
sebagai peletak dasar bagi agama itu sendiri. Berbeza dengan golongan falsafah
yang berbicara tentang Allah, malaikat dan banyak hal lainnya yang hanya
berdasarkan penilaian akal semata-mata. Mereka menjadikan akal sebagai dasar
agama tanpa memandang ajaran yang dibawa para nabi dan rasul.
Tuduhan
kaum Musyabbihah dan Mujassimah iaitu kaum yang sama sekali tidak memfungsikan
akal dalam agama, terhadap Ahlussunnah Wal Jamaah sebagai ’Aqlaniyyun (kaum
yang hanya mengutamakan akal) atau sebagai kaum Mu’tazilah atau Afrakh al-Mu’tazilah
(anak bibitan kaum Mu’tazilah) dengan alasan kerana menggunakan akal sebagai
salah satu sumber utama, adalah tuduhan yang amat salah. Ini tidak ubah seperti
kata pepatah arab “Qabihul Kalam Silahulliam” (kata-kata yang jelek adalah
senjata para pengecut). Secara ringkas tetapi namun padat, kita ketengahkan
pembahasan tentang Ahlussunnah sebagai al-Firqah an-Najiyah (golongan yang
selamat), asal-usulnya, dasar-dasar ajaran dan sistemnya.